Penawaran rangkaian 5G di Malaysia berjaya ditawarkan secara rasmi bermula hari ini oleh oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Pelancaran ini selari dengan perancangan untuk meningkatkan taraf kelajuan internet buat rakyat Malaysia.

Bersempena pelancaran peringkat awal ini, perkhidmatan rangkaian 5G bakal diperkenalkan di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya. Malah, difahamkan kerajaan sedia memperluaskan secara berperingkat di kawasan padat penduduk yang merangkumi Pulau Pinang, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak pada tahun hadapan.

Sumber: Twitter Annuar Musa

Pengenalan rangkaian 5G ini juga bakal membuka peluang yang luas untuk kegiatan ekonomi negara terus bersaing bersama negara-negara lain. Bukan itu sahaja, pelbagai peluang pekerjaan yang boleh ditawarkan kepada penduduk tempatan di dalam sejumlah kegiatan yang berteknologi tinggi.

Bagi kawasan yang terpilih untuk peringkat awal ini, kini anda berpeluang menikmati kelajuan internet sekurang-kurangnya 100Mbps berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kendalian sebelum ini. Dalam masa yang sama, kerajaan sangat komited untuk memperluaskan lagi ke seluruh negara secara berperingkat.

Selain itu, SKMM turut mahu mula mengawal selia perkhidmatan awan daripada syarikat penyedia bermula 1 Januari 2022.

SKMM Akan Mula Mengawal Selia Perkhidmatan Awan Untuk Melindungi Data Pengguna

SKMM Perkenalkan Laman JENDELA, Mudahkan Pengguna Semak Kekuatan Liputan Telekomunikasi

Sumber